Tun M dulu pun bubar Parlimen ketika pemerintah ada ‘advantage’

0
2

MANA-MANA parti politik termasuk Pakatan Harapan (PH) akan membubarkan Parlimen pada ketika parti tersebut mempunyai kelebihan untuk meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Demikian kata bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Umno mahu PRU segera kerana pemimpinnya mahu menjadi Perdana Menteri dan boleh mencuri wang rakyat.

Beliau turut menyifatkan kenyataan terbaharu Dr Mahathir itu sebagai ‘sampah’ dan memalukan bekas Perdana Menteri itu.

“Ini posting level sampah. Eloklah admin page ini dipecat. Memalukan Tun M sahaja.

“Mana-mana parti politik sekalipun, termasuk parti dalam PH akan bubarkan Parlimen pada saat ia mempunyai advantage ke atas lawan.

“Janganlah ingat PH tu baik sangat. Tun M lebih teruk lagi. Dalam sejarah terbukti Tun M membubarkan Parlimen ketika ia memberi advantage kepada parti pemerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian di ruangan komen pada hantaran di Facebook Dr Mahathir.

Terdahulu Dr Mahathir menulis, Umno mahu PRU bukan untuk rakyat, sebaliknya kerana pemimpinnya mahu menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, dengan itu mereka boleh mencuri wang rakyat, melantik Peguam Negara yang boleh melindungi penyangak.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata sepatutnya Dr Mahathir berhujah bolehkah pembubaran Parlimen kali ini memberi kemenangan kepada Umno dan menjadi Perdana Menteri.

“Buatlah kira-kira sikit, kawasan mana Umno boleh menang jika dibuat PRU15 pada November. Bukannya admin buat posting yang kebudak-budakan, hambar dan langsung tiada kelas.

“Semua nak kena ajar, patutlah kerajaan PH hanya bertahan 22 bulan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here