Pesanan audio di WhatsApp cubaan culik pelajar sekolah Telupid palsu – polis

0
2

POLIS menafikan  kejadian cubaan culik seperti tular melalui pesanan audio dalam aplikasi WhatsApp sejak 28 September lalu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata pihaknya mengesan satu kiriman suara berkaitan cubaan culik kanak-kanak yang didakwa berlaku di Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid.

Katanya, setakat ini polis mengesahkan tidak ada menerima sebarang laporan berkaitan kejadian.

“Semakan sudah dibuat dengan pihak sekolah dan pihak sekolah sudah memanggil pelajar dimaksudkan. Namun, didapati tiada perkara berlaku seperti dalam mesej suara tular berkenaan.

“Dalam pada itu, semakan polis mendapati, pemilik suara yang tular merupakan ibu kepada pelajar berkenaan,” katanya dalam dalam kenyataan hari ini.

Kasim berkata, ibu pelajar itu dilaporkan tanpa usul periksa membuat pesanan di dalam ‘kumpulan whatsapp’ keluarga.

“Namun pesanan itu telah tular tanpa disedari. Oleh itu, polis menasihatkan orang ramai berhati-hati sebelum berkongsi atau memuat naik sebarang berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here