Rusuhan di Stadium Kanjuruhan : Angka korban dikhutiri meningkat

0
1

JUMLAH mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur di Indonesia telah bertambah kepada 174 orang.

Jumlah tersebut disahkan oleh Badan Penanggulan Bencana Daerah (BPPD) Jatim pada jam 10.30 pagi tadi dengan 11 orang lagi masih dalam keadaan kritikal, manakala 298 dikategorikan sebagai pesakit ringan.

Memetik portal Indonesia, Semuanyabola, setakat ini semua mangsa yang terkorban ditempatkan di lapan hospital iaitu Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Kanjuruhan, RSUD Saiful Anwar.

Selain itu, mangsa terkorban juga ditempatkan di RSUD Mitra Demila, RSU Wava Hisada, RSU Wajak Husada, RSB Hasta Husada, RSI Gondanglegi dan Klinik Teja Husada.

Difahamkan pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan identiti kesemua mangsa korban.

Dalam pada itu, sebahagian daripada mangsa korban yang sudah dikenalpasti telah dimaklumkan kepada anggota keluarga bagi urusan pengebumian.

Menurut laporan akhbar Detik, identiti dua anggota polis yang terkorban akibat insiden berkenaan iaitu Fajar Yoyak Pujiono, anggota polis cawangan Dongko, Trenggalek dan Andik Purwanto dari cawangan Sumbergempol, Tulungagung.

Media melaporkan, rusuhan penyokong ketika perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang mengakibatkan nyawa penyokong terkorban.

Penyokong kedua-dua kelab berkenaan bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.

Pergaduhan bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here