PELUANG penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza ‘swafoto’ bersama aktor korea Lee Minho ternyata membuat ramai ‘iri hati’ melihat senyuman dua figura hebat itu.
Tidak ketinggalan, rakan-rakan artis menerusi laman Instagram turut sama meninggalkan komen ‘cemburu’ apabila melihat Siti Nurhaliza bergambar dengan ‘crush’ zaman remaja para gadis.
“Saya hanya mampu menangis di bucu katil,” ucap Nazim Othman.
“Cemburunya..” kata Janna Nick.
Ruangan komen pelantun lagu 7 Nasihat itu dibanjiri dengan warga maya yang ‘makan hati’ melihat senyuman Lee Minho di samping Siti Nurhaliza.
“Ala…pipi @ctdk sama dengan Lee Minho. Comelnya, sweet sangat tengok,” kata Fadzoner.
“Dua-dua ini idola saya, sihat-sihat selalu Datuk CT dan Lee Minho,” ujar Iyilaa.
“Bestnya Tokti.. sampaikan salam saya pada Minho. Untugnya dapat bergambar berdua.. cemburu ni..,” Dyurrie.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan Siti Nurhaliza turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Cuckoo kerana melantiknya sebagai duta produk syarikat dari Korea itu.
“Terima kasih kepada semua keluarga @cuckoo_official yang hadir, peminat, penonton serta jemputan yang bersama-sama kami pada malam ini.
“Terima kasih kepada @cuckoo_official yang menerima saya sebagai duta bersama rakan duta Cuckoo, @actorleeminho,” tulisnya.
Semalam, pentas Axiata Arena, Bukit Jalil digegarkan dengan penampilan istimewa duta jenama pencipta kediaman sihat, CUCKOO International, Lee Minho dan Siti Nurhaliza sempena konsert ulang tahun CUCKOO Appreci8th.
Konsert itu turut mementaskan artis terkemuka seperti Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta. – Malaysiapost

