127 maut rusuhan lepas perlawanan bola sepak

0
1

SERAMAI 127 penyokong pasukan bola sepak maut dalam rusuhan selepas perlawanan Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam tadi.

Ketua Polis Indonesia Daerah (Kapolda) Jawa Timur, Irjen Pol Nico Afinta, berkata turut terkorban dalam insiden itu termasuk dua anggota polis.

“Seramai 34 maut di stadium manakala yang lainnya meninggal dunia di hopital.

“Sementara 180 lagi penonton dan penyokong yang cedera sedang dirawat di beberapa hospital sekitar Jawa Timur,” katanya memetik laporan Kompas.com.

Difahamkan, rusuhan itu membabitkan penyokong kedua-dua pasukan selepas perlawanan berakhir.

Punca kecederaan dikatakan akibat tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan rusuhan itu.

Kebanyakan mangsa dipercayai maut akibat sesak nafas dan dipijak oleh perusuh ketika polis cuba mengawal keadaan kecoh di dalam stadium terbabit.

Berdasarkan kronologi kejadian, sebahagian besar penyokong mula menceroboh padang selepas pasukan Arema tewas 2-3 ditangan musuh tradisi mereka, Persebaya dalam perlawanan itu.

Beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.

Liga bola sepak Indonesia kini digantung seminggu, dengan Arema dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim ini.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dilapor akan membentuk pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here