PAS arah jentera parti siap sedia hadapi PRU15

0
1

PAS mengarahkan seluruh jentera pilihan raya parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata semua pemimpin dan ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin parti.

Menurutnya, ia dengan menerima segala ketetapan dan keputusan dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ dan taat yang tidak berbelah bahagi.

“Sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS bagi mengelak timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti khususnya dalam menghadapi PRU15.

“Justeru semua peringkat parti perlu menumpukan usaha memantapkan gerak kerja pilihan raya sebagaimana dirancang untuk dilaksanakan terutama melalui pengarahan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan susulan ketetapan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi supaya PRU15 diadakan tahun ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata susulan itu, Perdana Menteri akan mempersembah cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS yakin perjuangan berteraskan Islam serta hala tuju yang jelas demi kepentingan agama, bangsa dan negara, ia akan terus memberi khidmat bakti kepada negara dan rakyat selepas PRU15 bersama gabungan muafakat politiknya yang mempunyai matlamat sama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here