Pastikan Bajet 2023 selari dengan bajet pilihan raya’ – Zaid Ibrahim

0
2

JIKA bajet 2023 belum diteliti sebaik-baiknya oleh Umno, adalah baik ia ditangguhkan kerana bimbang tidak selari dengan bajet pilihan raya, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, Umno juga berhak tahu mengenai bajet itu agar ianya selari dengan manifesto yang akan dilaksanakan nanti.

“Saya nak tanya Umno sama ada kepimpinan, MKT Umno telah bersetuju dengan bajet ini? Sudahpun meneliti, mengkaji dan memberi pandangan mereka mengenai bajet ini, kalau belum, maka saya cadangkan kepada kepimpinan untuk menangguhkan bajet dahulu.

“Ini bajet pilihan raya jadi mestilah selari dengan parti kerana parti ada manifestonya dan manifesto memerlukan kewangan dan peruntukan kerajaan.

“Saya takut nanti kita ada bajet yang tersedia apabila kita keluar manifesto tak selari dan orang akan mempersoalkan ‘betul ke kita nak buat’ benda-benda dalam manifesto ini,” katanya menerusi rakaman video di Facebooknya hari ini.

Zaid berkata, Umno perlu menitikberat mengenai Bajet tersebut bagi mengelak perkara yang boleh menjejaskan parti.

“Kalau betul kenapa tak ada peruntukan dalam bajet. Perkara seperti ini boleh memalukan parti dan menjejaskan pilihan raya ini.

“Kalau bajet yang disediakan itu tidak mencerminkan keutamaan yang diberi kepada program, projek atau rancangan parti maka ia perlu ditangguhkan. 

Terdahulu media melaporkan, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Rakyat akan berlangsung selama 32 hari mulai Isnin depan hingga 29 November ini dengan tumpuan utama terarah kepada pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober.

Parlimen dalam kenyataannya turut mengumumkan mesyuarat Ketiga Penggal Kelima bagi Dewan Negara akan berlangsung selama 11 hari mulai 21 November hingga 7 Disember 2022. – Malasyiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here