Faizal Ismail lulus tauliah mengajar dari JAIS 

0
2

PENYAMPAI radio dan pengacara terkenal, Faizal Ismail bersyukur apabila permohonan tauliah mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah diluluskan. 

Berita gembira itu dikongsi Faizal  di Instagram yang meluahkan rasa syukur selepas melepasi penilaian temu duga Tauliah Mengajar dari Bahagian Pengurusan Dakwah Jais, Ogos lalu. 

“Syukur tak terhingga setelah melalui dua proses penilaian secara teori dan lisan, permohonan Tauliah Jais telah lulus. 

“Namun, perlu saya akui ia bukanlah satu proses yang mudah kerana kedua-dua penilaian mempunyai cabaran yang tinggi tanpa sebarang prejudis,” catatnya.  

Faizal ditauliahkan mengajar berkuat kuasa 22 September hingga 30 Jun 2025. 

Bagaimanapun, Faizal menjelaskan, dia tidak mengajar ilmu khusus dalam agama sebaliknya dia memfokuskan kepada motivasi. 

“Saya bukanlah mengajar ilmu-ilmu khusus dalam agama kerana saya juga masih perlu banyak belajar. Namun kategori motivasi seperti yang tertera di dalam surat ini akan memudahkan pergerakan saya untuk memenuhi hajat pihak yang mahu menjemput untuk sama-sama berkongsi manfaat. 

“Terima kasih tak terhingga kepada Jais atas penganugerahan tauliah ini. Jais turut menggalakkan supaya lebih ramai mereka yang mahu aktif dalam dunia dakwah agar memohon pertauliahan supaya tidak timbul perkara yang berbangkit di kemudian hari. 

“Insya-Allah, moga ini menjadi bukti sesiapa jua boleh memohon asalkan memenuhi syarat yuang ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here