PM ucap tahniah kepada Raja Salman dilantik jadi PM Arab Saudi

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

Beliau memaklumkan Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dengan Arab Saudi di bawah pimpinan Putera Mahkota Mohammed bin Salman merangkumi kerjasama dalam bidang baharu dengan Arab Saudi.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala di bawah pimpinan YAM khususnya dalam meneroka bidang kerjasama baharu dengan Arab Saudi,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Semalam, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud mengeluarkan Dekri Diraja bagi melantik Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebagai Perdana Menteri Arab Saudi.

Memetik laporan Saudi Gazette, menurut satu Dekri Diraja, mesyuarat mingguan Kabinet yang dihadiri Raja Salman, akan dipengerusikan oleh baginda,

Pelantikan Putera Mahkota itu dilaksanakan dengan membuat pengecualian terhadap peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Pentadbiran Arab Saudi dan peruntukan berkaitan dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Dalam satu lagi Dekri Diraja, Raja Salman merombak Majlis Menteri dengan diketuai oleh Putera Mahkota.

Baginda turut mengeluarkan Dekri bagi melantik Timbalan Menteri Pertahanan, Putera Khalid bin Salman, sebagai Menteri Pertahanan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here