Hamid Bador berentap dengan Tok Mat di Rembau? 

0
1

GERAKAN Tanah Air (GTA) Negeri Sembilan bakal mempertaruhkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk memecah kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.  

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail berkata, perkara itu akan menjadi kenyataan sekiranya Abdul Hamid bersetuju untuk bertanding pada PRU15 ini atas tiket GTA.  

Katanya, walaupun Abdul Hamid bukan ahli Parti Pejuang, namun GTA bersedia memberi ruang kepada semua termasuk individu tertentu yang mempunyai nama besar. 

“Bagi saya buat masa ini dialah (Abdul Hamid) calon paling terbaik untuk GTA di Parlimen Rembau. Lagipun dia memang orang Rembau. 

“Nak pecahkan tembok yang besar, kita perlu letakkan nama besar seperti beliau, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan dikhabarkan akan bertanding di situ kali ini,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.  

Mohamad Jani menjelaskan, nama Abdul Hamid dicadangkan kerana beliau seorang yang berani bercakap benar dan tegas seperti mana ditunjukkan ketika dalam perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara. 

Katanya, ciri-ciri kepimpinan sebegitu sememangnya diharapkan oleh rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here