Shah Rukh Khan dipenjara gara-gara ugut wartawan

0
2

PELAKON Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan mendedahkan pernah dimasukkan ke penjara selama sehari gara-gara sikap panas barannya ketika muda.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika awal pembabitan pelakon berusia 56 tahun dalam dunia perfileman, lapor The Indian Express.

Katanya, dia ditahan polis dan terpaksa bermalam selama sehari di dalam penjara selepas mengugut untuk memukul seorang wartawan.

 “Ketika itu saya masih muda dan berdarah panas. Isunya timbul selepas keluar sebuah artikel gosip seorang aktres yang juga rakan baik saya dikatakan tidur bersama seorang pengarah filem.

“Saya sangat marah dan telah menengking wartawan tersebut ketika menemuinya.

“Ketika itulah saya telah mengugut untuk memukulnya,” katanya.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan anak kepada Shah Rukh Khan, iaitu Aryan Khan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam penggunaan, penjualan dan pembelian bahan terlarang.

Aryan dan tujuh yang lain ditahan selepas polis menyamar sebagai pelanggan dan menyerbu sebuah parti di atas kapal layar.

Sekurang-kurangnya 13 gram kokain, lima gram mephedrone (MD), 21 gram ganja, 22 pil ekstasi dan wang tunai bernilai 133,000 rupee (kira-kira RM7,496) ditemukan daripada lapan orang yang ditahan pihak berkuasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here