Buruh Rohingya maut ditimbus bata

0
1

Ben Ibrahim

SEORANG buruh warga Rohingya maut selepas dihempap bata ketika melakukan kerja pembinaan dinding konkrit untuk longkang berhampiran sekolah memandu dekat Indera Mahkota 15, Kuantan, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, dua lagi rakan sekerja mangsa turut mengalami kecederaan.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang Zulfadli Zakaria, berkata pusat gerakan operasi (PGO) menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.09 petang.

“Sebuah jentera bersama tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dihantar ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa yang dihempap dan ditimbus deretan bata itu sudah meninggal dunia.

“Dua lagi rakan mangsa yang juga warga Rohingya mengalami kecederaan selepas turut terkena runtuhan bata ketika kerja pembinaan longkang di situ,” katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Zulfadli memaklumkan, semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan bedah siasat dan rawatan lanjut.

Katanya, identiti semua mangsa belum dikenal pasti dan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut insiden itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here