KWSP 2.0: Kerajaan tidak mahu rakyat terus keluarkan simpanan hari tua

1
2

PEMUDA Umno mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membawa suara rakyat termasuk tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, petang tadi.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, tuntutan pengeluaran KWSP bersasar itu adalah untuk golongan terkesan dengan masalah kewangan meruncing kesan inflasi dan krisis ekonomi yang belum pulih sepenuhnya pada pasca pandemik.

Katanya, beliau turut berkongsi dapatan daripada aduan lebih 226,996 pencarum yang membuat aduan rasmi kepada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat kepada Tengku Zafrul.

“Tengku Zafrul menjelaskan bahawa kerajaan telah memperhalusi mengenainya terutama mengambil kira isu-isu berbangkit setelah memenuhi permintaan pengeluaran KWSP kali terakhir yang terdahulu.

“Bagi beliau, kerajaan punya tanggungjawab untuk membantu golongan yang terkesan teruk bukannya membiarkan mereka berterusan mengeluarkan lagi duit simpanan hari tua mereka,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pertemuan sama, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya turut membangkitakan isu membabitkan kesan inflasi dan krisis ekonomi kepada golongan M40 ke bawah.

“Saya bangkitkan keperluan untuk bantuan Kerajaan dalam Bajet 2023 nanti mesti mengambil kira golongan M40 ke bawah yang seringkali terlepas pandang dalam bentuk bantuan.

“Ini kerana mereka juga antara yang amat terkesan dengan kos sara hidup dan harga barang yang mencanak naik, ditambah dengan OPR yang dinaikkan untuk menangani inflasi,” katanya.

Menurut Asyraf, kerajaan berjanji akan mempertimbangkan perkara itu secara mendalam termasuklah subsidi-subsidi yang dapat membantu mengurangkan beban rakyat.

“Cuma isunya untuk mencari formula keseimbangan agar Kerajaan tidak terbeban dengan hutang yang boleh menjejaskan rating negara,” katanya.

Menyentuh mengenai isu pendekatan bukan konvensional selain menaikkan OPR untuk menangani inflasi dan menarik pelabur, Asyraf wajdi berkata, Tengku Zafrul bersetuju dengan perkara itu.

“Bahkan (menurut Tengku Zafrul) ramai pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat untuk melabur kembali selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya – Malaysiapost

1 COMMENT

  1. Assalamualaikum…berkenaan kwsp 2.0 ini sy nak tanya mengapa tidak dikeluarkan secara tunai???jika seseorang itu memerlukan tunai utk melangsungkan kehidupan nye atau utk membeli barang keperluan ke mana mereka hendak memohon bantuan kalau bukan duit kwsp sendiri…kadang mereka tidak menggunakan duit itu ke arah pendidikan,pembelian rumah,perubatan atau umrah…dengan keadaan zaman sekarang ni inflasi semakin meningkat kos sara hidup pun meningkat agak sukar bagi seseorang itu susah utk teruskan hidup…akhir sekali mengambil keputusan utk merompak@menyamun atau membunuh diri utk membeli barang keperluan…saya mohon kpd pihak perdana menteri atau pihak yang terlibat renung-renungkan lah keadaan rakyat sekarang ni lagi² bangsa melayu yg berpijak di tanah bumi sendiri…takkan lah nak tengok rakyat sendiri mengemis di tanah sendiri…yang kaya terus kaya yang miskin terus jatuh sbb susah nak bangkit dgn keadaan sekarang ni…saya mohon maaf atas ayat saya jika ada yang tidak senang hati atau sebaliknya…renung-renung kan lah dan fikir-fikir kan lah bagaimana hendak membantu rakyat yang susah…sekian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here