Batu Nisan untuk Bersatu Sabah – Razlan

0
2

YANG dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Itulah perumpamaan yang digambarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, kata Datuk Mohd Razlan Rafii. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata demikian susulan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang turut disertai Bersatu menyatakan akan terus menyokong calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas mengenainya, Mohd Razlan berkata, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu sudah boleh berkira-kira untuk melupakan penguasaan parti itu di Sabah pada PRU15. 

“Pemimpin Bersatu di Sabah memberi gambaran mereka tidak lagi bersama Presiden Bersatu, mereka tidak sebulu dengan keputusan Muhyiddin mahu berperang dengan BN, malah mereka tidak menerima keputusan Muhyiddin mahu bekerjasama dengan PH. 

“Pemimpin Bersatu di Sabah mempunyai kekuatan di Pusat, mereka mempunyai Naib Presiden dari Sabah yang menang bertanding baru-baru ini. 

“Namun, apa yang tergambar dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah ini menunjukkan batu nisan untuk bersatu sudah tersedia, menunggu untuk dikuburkan,” katanya. 

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dilaporkan berkata GRS telah berjanji untuk bekerjasama dengan BN untuk bersama-sama membangunkan Sabah.

“Kalau di (Parlimen) Batu Sapi ini calonnya (daripada) GRS, kita minta BN juga menyokong calon itu. Kalau calon itu daripada BN, GRS juga akan sokong mereka.

“(Ini) kerana kita dalam satu kerajaan iaitu kerajaan GRS dan BN,” katanya. 

Kelmarin, Muhyiddin menegaskan, Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu tetap menjadikan Umno dan BN sebagai musuh utama pada PRU15 ini sekali gs bercanggah dengan pendirian rakan kompenen PN iaitu PAS. 

PAS sebelum ini dalam kenyataannya mengingatkan PN agar menjadikan musuh utama mereka ialah Pakatan Harapan (PH), bukan BN. 

Dalam pada itu, Mohd Razlan menyifatkan apa yang terjadi kepada Muhyiddin dan Bersatu ketika ini merupakah kifarah atas dosa yang mereka lakukan selama ini. 

“Mengejar untung politik yang besar, sanggup menikam rakan di Sabah sehingga mahu melihat  batu nisan Umno di Negeri dibawah bayu, akhirnya, Bersatu gigit jari, kerugian yang tak sudah

“Itu sebab, jangan kita berlagak menempelak parti lawan, jangan berlagak seperti panglima bertaring, namun tidak berani membunuh, orang cakap besar, lumrahnya adalah orang yang penakut. 

“Balasan kepada Bersatu adalah akibat perangai pemimpin mereka sendiri, sebuah parti kecil yang sering mahu menjadi abang besar, tidak mengukur baju di badan sendiri. Retak menunggu belah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here