‘Jangan banding sistem Parlimen kita dengan Indonesia’ – Shabery Cheek

0
1
PUTRAJAYA 26 APRIL 2018. Menteri Pertanian dan Sumber Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sidang media selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pentadbiran Am Pengawasan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China, Chen Gang di Kementerian Pertanian dan Sumber Asas Tani, Putrajaya. NSTP/ABD RAHIM RAHMAT

SISTEM Demokrasi Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia berbeza dengan sistem presiden yang diamal Indonesia.

Perkara itu ditegaskan Datuk Seri Shabery Cheek yang berkata, kedua-dua sistem itu tidak boleh dijadikan perbandingan kerana ianya berbeza sama sekali.

“Tak boleh banding sistem Berpresiden Indonesia dengan sistem Berparlimen Malaysia. Janganlah perlekehkan kita.

“Indonesia yang bentuk kerajaan ialah Presiden. Dipilih melalui pilihanraya Presiden. Presiden bukan anggota Parlimen dan Kabinetnya tak boleh dari kalangan Ahli Parlimen. Parlimen boleh dikuasai oleh parti yang berbeza dari parti Presiden,” katanya di Facebook, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu berkata demikian berikutan terdapat pihak tertentu yang mempertikaikan tarikh pilihan raya Indonesia bukan menjadi rahsia umum apabila telah ditetapkan lebih awal.

Bagaimanapun, Shabery berkata, setiap sistem pasti ada kelemahannya seperti tarikh menetap PRU15 hanya hak mutlak Perdana Menteri yang menentukan dan tidak digemari pembangkang.

Begitu juga dengan sistem presiden yang memiliki kelemahan seperti sukar meluluskan undang-undang sekiranya terdapat parti lain tidak setuju mengenainya.

“Tak jadi masalah untuk bentuk kerajaan. Cumanya susah nak lulus undang-undang atau bajet kalau Parlimen yang dikuasai parti lain tak setuju.

“Oleh kerana majoriti di Parlimen tidak perlu untuk membentuk kerajaan, maka pilihanraya presiden boleh ditentukan awal setiap lima tahun sekali. Akan datang pada hari Rabu, 14 Februari 2024.

“Ini juga sistem USA (Amerika Syraikat). Pilihanraya Presiden setiap empat tahun sekali. Akan datang pada 5 November 2024. 100 tahun akan datang pun dah boleh kira,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here