Terima kasih sahabat sejati – Zahid

0
1

TERIMA kasih sahabat sejati, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan tuduhan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Presiden Umno itu menyatakan demikian sebagai menghargai rakan-rakan yang hadir memberi sokongan kepadanya setiap kali perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Terima kasih kepada semua sahabat sejati yang sentiasa hadir memberikan sokongan setiap kali perbicaraan dijalankan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut memuatnaik video pendek memaparkan beberapa rakan yang hadir memberi sokongan kepadanya di mahkamah.

Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan meliputi kes pecah amanah (12), rasuah (lapan) dan pengubahan wang haram (27) membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadi dan polisi insurans serta lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang kepada firma guaman serta sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here