Ebit Lew bantu rakyat Malaysia terkandas di Jakarta

0
1

PENDAKWAH bebas, Ustaz Ebit tampil membantu dua beranak yang terkandas di Jakarta, Indonesia akibat masalah visa tamat tempoh.

Ebit memaklumkan, lelaki itu yang pengawal keselamatan datang ke Jakarta untuk membawa pulang anaknya, iaitu penuntut di sebuah madrasah yang mengalami masalah kesihatan.

Namun, katanya, disebabkan masalah visa, mereka tersekat di negara itu selama 20 hari.

“Sayu sebak rasa jumpa orang Malaysia di Jakarta. Berat ujian seorang ayah ini dan anaknya yang terkandas di sini. Saya terbaca di komen FB saya.

“Keluarga di Malaysia buat pelbagai usaha. Anaknya belajar di madrasah di Indonesia. Takdir Allah sakit. Kena bawa balik. Sampai di airport tak boleh balik kerana visa dah tamat. Tak boleh nak balik Malaysia sebab masalah visa ada denda.

“Kuat ayah ni seorang diri pergi ke sini seorang diri untuk bawa anak pulang. Selama 20 hari urusan nak bawa anaknya balik. Ke sana sini. Tidur di airport, di masjid dan di jalan. Tiket balik terlepas kerana hal visa. Sedih rasa.

“Duit semua habis. Handphone habis bateri. Tak dapat nak keluarkan duit. Duit habis langsung. Dengan ubat jantung habis. Allahuakbar. Cinta seorang ayah buat anaknya yang semangat nak menuntut ilmu.

“Masa sampai tadi abang ni gembira sangat dan sebak wajahnya. Ucap terima kasih. Kagumnya lihat seorang ayah. Demi ilmu dan demi anak,” kongsinya menerusi catatan di Facebook.

Ebit berkata, pihaknya akan menghantar pulang dua beranak tersebut hari ini selepas segala urusan visa diselesaikan atas bantuan pihak kedutaan Malaysia di Jakarta.

“Syukur tadi (semalam) selesai dibantu kedutaan Malaysia di Jakarta. Kami ambil abang ini di Imigresen Indonesia dan bawa abang ni ke hotel dan esok (hari ini) insyaAllah belikan tiket balik ke Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here