Bapa berjaya halang anak diculik ketika seronok bercuti

0
1

TINDAKAN pantas seorang bapa berjaya menghalang anaknya daripada diculik dua wanita warga asing di sebuah pusat peranginan terkemuka di Pahang. 

Menerusi perkongsian di Facebook Daily Traffic Report hari ini, kejadian penculikan hampir berlaku apabila dua wanita warga asing cuba menarik seorang budak ke dalam telekung atau jubah yang dipakai di pusat peranginan berkenaan. 

Dalam perkongsian tersebut menyatakan, dua wanita yang disyaki warga Pakistan dan seorang dari Indonesia itu cuba menyorok seorang kanak-kanak ke dalam jubah dengan niat untuk menculik kanak-kanak terbabit.

Kejadian tersebut disedari oleh bapa kanak-kanak tersebut yang ketika itu sedang bermain salah satu permainan yang terdapat di pusat peranginan itu. 

“Bapa kanak-kanak ini berada di kawasan atas ketika bermain ‘roller coster’, anak bersama ibunya di bawah dan ketika itulah ada cubaan untuk menculiknya.

“Mujur bapa berasan dan terus menghubungi pihak keselamatan yang berada berdekatan untuk tindakan lanjut,” menurut hantaran tersebut. 

Tambah perkongsian itu lagi, klip video itu disiarkan bukan berniat untuk menakut-nakutkan serta menjatuhkan kawasan peranginan tersebut. 

Sebaliknya, ia sebagai peringatan kepada ibu bapa yang membawa anak kecil ke kawasan peranginan seperti itu agar sentiasa waspada keselamatan ahli keluarga. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here