Konsep pasar tani lestari, pintar seluruh Pahang tahun depan

0
1

Ben Ibrahim 

TRANSAKSI tanpa tunai akan dilaksanakan di semua pasar tani di Pahang bermula tahun depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda, berkata projek rintis bagi konsep lestari dan pintar itu diperkenalkan di pasar tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) dekat Kuantan, hari ini.

“Inisiatif ini adalah hasil kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang. 

“Konsep seperti ini bukan sahaja diterapkan kepada pasar tani sahaja, malahan turut membabitkan pasar malam dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pasar Tani Lestari dan Pintar di Kuantan, hari ini. 

Turut hadir Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri.

Jelasnya, buat masa ini terdapat 23 pasar tani yang beroperasi di seluruh Pahang. 

Abd Rahim turut memaklumkan kira-kira 40 peratus dari pasar tani dan pasar malam di Pahang sudah memperkenalkan konsep pembayaran tanpa tunai dan yakin sasaran 100 peratus dapat dicapai menjelang tahun depan. 

Katanya, pengenalan konsep itu dimulakan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini dan didapati lebih memudahkan peniaga dan pelanggan untuk melakukan urusan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here