Jamal dikejar ke hospital, rebah ketika hadir program BN

0
1

KETUA Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikejarkan ke sebuah hospital swasta selepas dilaporkan rebah dalam satu program parti itu di Sungai Besar, malam tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Amin Daniel yang menjelaskan bapanya kini dipantau rapi doktor di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Amin Daniel berkata, keadaan bapanya itu stabil  dan pihak hospital masih menjalankan ujian darah bagi mengenal pasti punca sebenar kesihatan bapanya merosot.

“Ayah secara tiba-tiba rebah ketika menghadiri program itu dan saya sendiri membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Jamal terlantar di hospital selama berbulan dan merahsiakan apa yang dirasai setahun lalu.

Jamal menyifatkan dirinya sebagai ‘mati hidup kembali’ apabila pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Dalam pada itu, Amin Daniel berkata, bapanya telah disahkan bebas daripada penyakit tersebut sekitar Julai lalu.

“Tetapi kali ini saya rasa bukan berpunca daripada kanser, tapi saya tak pasti lagi. Alhamdulillah dia sudah boleh makan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here