Kayuhan patriotisme Hari Malaysia

0
1

Ben Ibrahim

SERAMAI 51 individu menyertai program kayuhan sejarah mengelilingi bandar raya Kuantan sempena Hari Malaysia, hari ini.

Kayuhan sejauh lapan kilometer itu dianjurkan Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang (KPBKP) dengan kerjasama Rumah Klasik Kuantan.

Ahli jawatan kuasa (AJK) KPBKP, Faizal Izwa Nawi, 41, berkata program kayuhan itu diadakan bagi menghidupkan suasana sambutan Hari Malaysia dan mengingati hari penubuhan Malaysia.

Ahli jawatan kuasa (AJK) KPBKP, Faizal Izwa Nawi, 41

“Peserta melalui beberapa lokasi bersejarah yang terdapat di bandar raya ini sambil diberi penerangan ringkas mengenai kisah sejarah di sebalik lokasi persinggahan itu.

“Banyak bangunan sekitar bandar raya ini mempunyai kisah menarik dan ada antaranya masih dijaga oleh pihak berkenaan, namun ada juga yang sudah lama terbiar tanpa usaha pemuliharaan,” katanya ketika ditemui selepas program di Taman Kerang, dekat Kuantan.

Kayuhan sejauh lapan kilometer itu dianjurkan Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang (KPBKP) dengan kerjasama Rumah Klasik Kuantan.

Faizal berkata, program itu disertai pelbagai peringkat umur dan bermula di Jalan Mahkota, melalui Jalan Besar dan berakhir di Taman Kerang.

Katanya, kebanyakan ahli kelab itu turut menyertai perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Pahang pada 31 Ogos lalu dan sentiasa mengadakan program kesedaran sejarah, khususnya kepada generasi muda di daerah Kuantan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here