Aliran trafik ke Pantai Timur sesak

0
1

ALIRAN trafik menuju ke Pantai Timur dilaporkan sesak akibat pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

Berdasarkan hantaran Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), trafik mulai sesak daripada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju ke Plaza Tol Gombak.

Di Lebuhraya Karak-Kuala lumpur, trafik sesak sepanjang 11.7 kilometer (km) dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah.

“Aliran trafik turut sesak sepanjang 1.2km dari Genting Sempah menuju ke Bukit Tinggi.

“Trafik sesak sepanjang 1km di kawasan Lentang,” menurut hantaran itu.

Sementara itu, di LPT 2 trafik dilaporkan sesak sejauh 1.3km menghala ke Plaza Tol Karak berikutan pertambahan kenderaan menghala ke Pantai Timur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here