Jangan kecam isteri saya – DDNK

0
2

PAKAR pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan memohon netizen berhenti mengecam isterinya, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.

Kecaman itu tercetus susulan ramai mendakwa Tuan Nor Ernie menjadi punca perceraian suaminya dengan isteri pertama yang dikenali sebagai Hasmawatie.

Mohd Nazri yang mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Takpa Janji Kaya’ itu turut meminta netizen memberi ruang kepada isterinya untuk bernafas dari isu tersebut.

“Assalamualaikum salam sayang kepada warga netizen Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih semua komen positif dan negatif terhadap majlis perkahwinan saya.

“Saya tahu majlis perkahwinan saya menyebabkan satu kekecohan berlaku dalam alam maya, alam siber.

“Saya ucap terima kasih, cuma saya mohon warga netizen beri sedikit ruang kepada isteri saya, Ernie supaya dia tidak dikecam, dia masih berusia 25 tahun. Seorang pelajar. Mudah-mudahan dia boleh ‘survive’ dengan apa yang berlaku.

“Minta mudah-mudahan doakan perkahwinan kami. Insya-Allah lebih bahagia dan tenang serta terselamat daripada tribulasi (ujian), terima kasih,” katanya menerusi video dimuat naik malakattribune di TikTok.

Isu tersebut menjadi hangat apabila netizen mula menggelar Ernie sebagai perampas selepas tular pendedahan bekas isteri DDNK iaitu Atielia De Sams di laman sosial.

Menurut status tersebut, Atielia mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here