PENYANYI dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi kini menjadi perhatian dalam kalangan netizen yang mendakwa beliau berbadan berdua.
Khabar angin itu bertiup kencang selepas Heliza memuat naik video bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Heliza dan suaminya berpakaian sedondon ala-ala Bollywood dilihat sedang menikmati percutian mereka di Pulau Pinang dan sempat berkunjung ke sebuah restoran yang menyajikan teh tarik terbaik di kawasan Georgetown.
Justeru, beliau yang dilihat tampil berbaju sari berwarna merah itu dilihat sedikit berisi seperti sedang mengandung
Bahkan, ada segelintir warganet yang mendakwa seakan-akan melihat ‘baby bump’ beliau.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mengucapkan tahniah dan perasaan teruja apabila melihat keadaan terkini pelakon itu yang didakwa sedang hamil.
Zaman Bila:” Heliza mengandung Alhamdulillah tahniah.”
“Macam ada baby bump,” kata Zue Bidin
Noor Ain Osman:” Heliza macam pregnant je’.
Namun sehingga sekarang, Heliza mahupun suaminya tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang mengatakan dia kini sedang berbadan dua. – Malaysiapost

