Sultanah Kelantan buat kemunculan pertama

0
2

SULTANAH Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.

Majlis menerima menghadap itu adalah kemunculan awam pertamanya selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan Nur Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz.

“Turut sama hadir menyambut Sultanah Kelantan ialah Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan,” katanya.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan juga memaklumkan Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cendera kenangan kepada semua ahli rombongan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Unit Media PSKN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here