Skuad Harimau Malaya B-19 mulakan saingan Kelayakan Piala Asia B-20 2023

0
1

SKUAD Harimau Malaya B-19 akan memulakan kempen kelayakan Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-20 2023 di Ulaanbaatar, Mongolia, hari ini.

Pasukan kebangsaan kendalian, Ketua Jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras akan turun menentang tuan rumah di Stadium MFF, Ulaanbaatar yang dijadualkan pada jam 5 petang.

Berdasarkan senarai nama pemain yang diumumkan sebelum ini, dHassan Sazali telah mengekalkan 16 daripada 25 pemain dari skuad yang menjuarai Kejuaraan B-19 AFF 2022 Indonesia pada 15 Julai lalu.

Manakala 10 daripada 20 pemain dari skuad yang muncul naib juara 4th International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 Vietnam pada 11 Ogos lalu.
Lima pemain iaitu Syahmi Adib Haikal, Danish Irfan, Izrin Ibrahim, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Aizat Aiman berada dalam skuad untuk kedua-dua kejohanan berkenaan, manakala dua pemain baharu yang ditampilkan kali ini ialah Marwan Rahman dan Oswyn Lim.

Selepas bertemu Mongolia, skuad Harimau Malaya B-19 yang berlepas ke Ulaanbaatar pada Ahad lalu, dijadualkan menentang Sri Lanka pula pada Jumaat dan Republik Korea pada 18 September ini.

Dalam saingan kelayakan bermula 14 hingga 18 September 2022 itu, sebanyak 10 juara kumpulan dan lima naib juara kumpulan terbaik akan layak ke Piala Asia B-20 2023 di Uzbekistan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here