ORANG ramai diminta membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak keluar dari kediaman keluarganya di Ipoh, tiga minggu lalu.
Hebahan kepada umum dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh melalui laman Facebook rasminya semalam, bagi membantu pihak polis mengesan remaja berkenaan.

Nurhidayah Mat Nurddin beralamat di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun, Ipoh kali terakhir dilihat pada 4.30 petang, 19 Ogos lalu selepas memberitahu neneknya yang dia mahu keluar membeli minuman di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata,i bu remaja itu membuat laporan kehilangan tiga hari kemudian.
“Butir-butir orang hilang adalah bernama Nurhidayah Mat Nurddin berusia 14 tahun tujuh bulan beralamat di Lot 475, Kampung Tersusun Batu 5, Lorong Delima 3/2, Tambun, Ipoh, Perak.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh, Sarjan Mohd Haizal Umar di talian 010-21001076 atau 05-2451500 IPD Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Turut disertakan gambar remaja terbabit melalui hebahan itu bagi orang ramai membantu mengesannya. – Malaysiapost

