OKT meninggal dunia sebelum didakwa tiada unsur jenayah

0
1

KEMATIAN orang kena tangkap (OKT) warga emas yang meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke mahkamah dari lokap Balai Polis Jelapang, Ipoh semalam bagi proses pendakwaan, disahkan bebas daripada sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati kematian lelaki berusia 62 tahun itu berpunca daripada pendarahan di bahagian perut disebabkan sista pankreas.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur kekerasan dan tiada sebarang kecederaan fizikal yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, susulan itu Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan meneruskan siasatan serta merujuk hasil siasatan kepada Koroner.

Terdahulu, media melaporkan OKT terbabit meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), selepas didapati tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang kira-kira jam 9.02 pagi semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here