Mahu sumbat pemimpin Umno ke penjara, Rafizi disifatkan angkuh

0
1

TAN Sri Shahrir Abd Samad menyifatkan Rafizi Ramli angkuh dengan kenyataannya mahu menyumbat kepimpinan Umno ke dalam penjara jika diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada waktu terdekat, berikutan rakyat berdepan bencana banjir.

Veteren Umno itu berkata, Rafizi termasuk Pakatan Harapan (PH) terlampau yakin mereka akan menang PRU15 dengan menggunakan propaganda begitu.

Namun, katanya, adakah dengan sifat angkuh ditunjukkan Rafizi boleh membawa kestabilan kepada negara.

“‘…sumbatkan kamu semua dalam penjara..’ Tak sebutkan langsung nak siasat dulu ke, nak dakwa dulu ke, nak bicara di mahkamah dulu ke. Sumbat je terus ke dalam penjara!

“Angkuhnya Rafizi dan PKR. Tinggi betul keyakinan Rafizi dan PKR, sehingga boleh jadi angkuh. Pakatan Harapan (DAP dan PKR) sudah kembali angkuh.

“Stabil ke politik negara dengan DAP dan PKR? Keangkuhan boleh bawa Kestabilan?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan Timbalan Presiden PKR itu memberi amaran jika kerajaan mengadakan pilihan raya ketika waktu banjir, parti itu akan pastikan pemimpin terbabit disumbat dalam penjara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, tindakan mengadakan PRU15 semasa rakyat bergelut dengan banjir hanya akan menyusahkan rakyat dan sekiranya diteruskan juga beliau memberi amaran pemimpin Umno terpalit kes mahkamah akan disumbat ke penjara jika mereka memenangi pilihan raya nanti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here