PM arahkan KKM beri rawatan terbaik kepada Najib

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau turut mendoakan Ahli Parlimen Pekan itu supaya diberikan kesihatan yang baik.

“Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Najib Razak.

“Saya telah mengarahkan KKM supaya memberikan rawatan yang terbaik diperlukan beliau.

“Saya doakan beliau diberikan kesihatan yang baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Najib yang hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bagi prosiding kes 1MDB akan dirujuk ke Hospital Kajang jam pada sebelah petang kerana mengalami masalah kesihatan.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram ketika prosiding kes rasuah dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Sri Ram berkata, Najib akan dirujuk ke hospital tersebut ekoran ubat darah tinggi baharu yang diambilnya menyebabkan kesan teruk. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here