PKR ‘serang’ kawasan ‘pengkhianat’

0
1

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan ‘perang’ di kawasan kerusi dimenangi dalam pilihan raya sebelum ini, namun dikhianati penyandangnya yang bertindak melompat parti hingga mengakibatkan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan melalui ‘Langkah Sheraton’ pada February 2020.

Beliau yang juga Pengerusi PH, berkata dalam strategi pilihan raya kali ini, kawasan yang paling kuat akan diserang adalah yang dipegang oleh ‘pengkhianat’.

“Malam ini saya rasa lega..kita datang untuk menyerang kawasan pengkhianat di Gombak ini. Ini permulaan yang baik..satu ‘signal’ yang baik bahawa rakyat walaupun menyokong mana-mana pimpinan, sebaik mereka (pimpinan) melanggar prinsip, sebaik mereka khianat kepada amanah perjuangan..kita humban mereka.

“Dengar sini baik-baik, rakan-rakan di Gombak, Ampang dan sekutu-sekutu. Dalam strategi pilihan raya kita, kawasan paling kuat kita akan menyerang adalah kawasan yang dipilih rakyat, yang dipilih untuk membela nasib rakyat, yang dipilih atas nama prinsip perjuangan keadilan dan rakyat kemudian khianati mereka.

“Sebab itu kawasan ini jadi tumpuan kita, supaya kita dapat menghukum dan menghumbankan mereka,” katanya ketika berucap di acara Rapat Mega di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak.

PKR memulakan acara Rapat Mega pertamanya malam tadi di kawasan Parlimen Gombak yang disandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, keluar daripada parti itu bagi menyertai Bersatu dalam Perikatan Nasional (BN).

Sementara itu, untuk rekod, Ahli Parlimen lain yang meninggalkan PKR adalah Ahli Parlimen Ampang , Datuk Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang kedua-duanya adalah Naib Presiden PKR sebelum ini 

Antara pemimpin PKR yang hadir pada acara itu malam tadi adalah Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun dan Ketua Pemuda PKR Adam Adli. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here