Perpaduan Pas-Umno dalam MN strategi menang PRU-15 – Mohd Khairuddin

0
1

AKAR umbi mahu kesatuan dan perpaduan antara Pas-Umno digunakan sebagai strategi untuk menang bersama di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata ia adalah suara ahli bawahan yang berkumandang di Muktamar Pas baru-baru ini dan itulah juga permintaan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Namun ia agak terlewat di saat Umno/Barisan Nasional (BN) telah buat keputusan untuk bergerak sendiri setelah pelbagai insiden serang menyerang antara pimpinan tertinggi yang berlaku sebelum ini.

“Malah jemputan ke Muktamar dan rundingan tanpa melibatkan Presiden Umno juga menjadi isu,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu berkata, meskipun terlewat masih lagi boleh diusahakan perundingan dengan cara politik matang dan harmoni.

Katanya, kedua-dua parti besar Melayu itu jangan mengalah kerana ia adalah hasrat ahli bawahan.

“Jaga tutur kata, elakkan prasangka dan bina jambatan kasih antara dua parti. Masih ada masa. Menjelang 14 September ini, lagi lapan hari adalah ulang tahun ketiga Muafakat Nasional (MN).

“Kepada yang cintakan muafakat ini marilah kita kongsikan gambar serta logo nostalgia MN. Usah malu berkempen untuk muafakat umat,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here