Muhyiddin berlapang dada isu logo – Tuan Ibrahim

0
1

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan bersedia mendengar pandangan daripada Pas berhubung isu penggunaan logo gabungan berkenaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata secara asasnya Muhyiddin ‘berlapang dada’ untuk mendengar pandangan mengenai isu berkenaan.

Beliau turut mengesahkan isu dibangkitkan oleh beberapa perwakilan PAS itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Tertinggi PN yang dijadualkan minggu depan.

“Kali ini kita tengok ada unsur pandangan dari perwakilan yang minta untuk PN timbang penggunaan logo dalam pilihan raya. Ada yang bangkit penggunaan logo di negeri-negeri tertentu.Kelantan dan Terengganu.

“Di peringkat parti kami akan detailkan dulu di peringkat Pas, seterusnya kita akan bawa ke peringkat PN untuk dipertimbangkan.

“Secara asasnya saya tengok pengerusi PN berlapang dada untuk dengar pandangan tersebut di mesyuarat dan putuskan bersama,” katanya.

Ditemui di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini, Tuan Ibrahim juga berkata PAS melihat ketika ini Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menunjukkan sikap positif kepada cadangan tersebut.

“Pada asasnya saya tengok pengerusi PN berlapang dada untuk dengar pandangan tersebut di mesyuarat dan ia akan putuskan bersama nanti,” katanya.

Semalam Muhyiddin dilaporkan berkata, pemimpin tertinggi PN akan mengadakan mesyuarat minggu depan dan akan membincangkan isu tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here