Pastikan semua DUN setuju bubar sebelum putuskan tarikh PRU15 – Putra

0
1

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berunding bagi memastikan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar serentak sebelum memutuskan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali, berkata pembubaran DUN di semua negeri kecuali Sarawak, Sabah, Melaka dan Johor itu penting bagi mengelak pembaziran wang rakyat dengan penganjuran PRU15 berasingan.

“PKR telah mengeluarkan kenyataan bahawa negeri dikuasai mereka seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN.

“Malah, PAS juga menyatakan tidak akan bubar DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah dan DUN berkenaan hanya akan dibubar secara automatik pada Mei 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, sekiranya enam negeri berkenaan bertegas dengan pendirian itu maka adalah tidak wajar untuk Perdana Menteri membubarkan Parlimen pada Oktober atau November ini.

“Ini untuk menyelamatkan pembaziran wang rakyat yang banyak dan membuang masa kerana apalah beza sangat antara Oktober dan November dengan Mei/Jun 2023.

“Hanya enam enam bulan perbezaan dan banyak wang rakyat dapat di selamatkan serta tidak membazir masa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan melihat sejauh mana ketegasan Ismail Sabri, sama ada tunduk kepada tekanan pihak gelojoh atau mahu menyelamatkan masa serta pembaziran wang rakyat.

“Putra menentang pembaziran wang rakyat dan mainan politik untuk kepentingan inidvidu dan parti tertentu,” katanya.

Terdahulu, spekulasi yang bertiup kecang mendakwa PRU15 akan diadakan Oktober atau November tahun ini.

Difahamkan, Umno terus menggesa Ismail Saberi mengadakan PRU15 segerakan sehingga pembentangan Bajet 2023 diawalkan pada 7 Oktober depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here