Asyraf Wajdi minta wakil rakyat Pemuda Umno solat subuh di masjid

0
1

WAKIL rakyat dari kalangan Pemuda Umno diminta istiqomah dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid, kerana ia teladan yang sebaiknya ditunjukkan oleh seorang pemimpin.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata berjemaah Subuh adalah asas penting permulaan hari agar dipermudahkan segala urusan, dipelihara daripada sebarang fitnah dan dilimpahkan rezeki yang barakah.

“Saya seronok melihat Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang sentiasa memulakan harinya dengan bersolat Subuh di Masjid.

“Inilah sebaiknya teladan untuk dituruti semua pemimpin-pemimpin khususnya di kalangan Pemuda.

“Moga Yang Berhormat-Yang Berhormat dikalangan Pemuda saya juga turut istiqomah berjemaah Subuh di Masjid ya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi hantaran dan gambar dimuat naik di Facebook oleh Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here