Perlu jadi pemain bola sepak, mudah dapat kerakyatan – Hannah Yeoh

0
1

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh kesal pemain bola sepak bukan warganegara mudah mendapat kerakyatan Malaysia, namun bagi anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara yang berkahwin dengan warga asing adalah sebaliknya.

Beliau berkata, sepatutnya pihak berkuasa perlu lebih menitikberat keselamatan dan perlindungan kepada kanak-kanak dengan tidak menyukarkan prosedur mereka dalam memohon kerakyatan.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah perlu menjadi pemain bola sepak terlebih dahulu untuk mendapat ‘akses’ mudah peroleh kerakyatan.

“Perlukah kita meminta semua anak tanpa kerakyatan kita bermain bola sepak sebelum pihak berkuasa mengambil berat tentang nasib mereka?

“Itulah sebab dari awal saya memperjuangkan kepada kementerian tentang kanak-kanak berkenaan kerana kita mampu tampung berbilion-bilion untuk kepentingan lelaki tetapi pandang remeh untuk perlindungan kanak-kanak,” katanya menerusi Facebook.

Kenyataan Hannah itu susulan kenyataan pemain naturalisasi, Lee Andrew Tuck atau dikenali sebagai Lee Tuck mengesahkan bahawa dia kini memiliki status warganegara Malaysia.

Menerusi kenyataan itu, Lee Tuck berterima kasih kepada pemilik Sri Pahang FC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan pengurusan kelab itu kerana menyokongnya sepanjang proses mendapatkan status kewarganegaraan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here