Ainul Mardhiah kembali aktif, sudah dibenar pulang ke rumah

0
1

ADIK Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak awal bulan lalu akibat jangkitan kuman sudah kembali sihat dan keluar hospital.

Anak sulung pasangan Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu dilaporkan telah melepasi waktu-waktu yang agak tegang beberapa minggu lalu.

Menerusi perkongsian video di InstaStory Nurul Erwani baru-baru ini, kelihatan Ainul sudah kembali aktif dan bermain bersama adiknya di rumah.

Menurut bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memaklumkan yang anaknya telah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lalu selepas tiga minggu berada di dalam wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

“Alhamdulillah Ainul sekarang dah bersama kami di rumah, doktor benarkan keluarkan hospital pada Jumaat lalu. Keadaan Ainul juga semakin stabil dan sihat,” ujarnya.

Namun, Ahmad Safiuddin memaklumkan Ainul masih lagi dalam pemerhatian doktor dan perlu mendapatkan rawatan susulan sekali seminggu sehingga doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya.

Terdahulu, Ainul Mardhiah telah mengalami jangkitan kuman dan sawan pernah berada di situasi kritikal sewaktu ditempatkan di dalam PICU.

Sejak awal bulan lalu, kesihatan Ainul yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, merosot selepas mengalami jangkitan kuman termasuk serangan sawan selain terpaksa ditidurkan.

Perkara itu dikongsi ibu bapa kanak-kanak berkenaan di media sosial dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan anak mereka. – Malaysiapost

Kredit Foto: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here