Subsidi Malaysia dijangka cecah RM80 bilion tahun ini – Tengku Zafrul

0
2

SUBSIDI Malaysia dijangka mencecah RM80 bilion tahun ini, tertinggi dalam sejarah negara, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang memetik angka Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, tanpa subsidi inflasi negara boleh mencecah lebih daripada 12 peratus.

“Kadar inflasi Malaysia antara terendah di dunia, sebahagiannya disebabkan oleh pemberian subsidi kita yang tinggi, diunjurkan mencecah RM80 bilion, tertinggi dalam sejarah,” katanya menerusi ciapan di laman Twitternya.

Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi Malaysia ketika ini berada pada 2.8 peratus (Jan-Julai 2022), sejajar dengan sasaran Bank Negara Malaysia pada 2.2 – 3 2 peratus bagi 2022.

Katanya, di peringkat global, banyak negara mengalami aliran menaik ini disebabkan oleh kenaikan harga input pengeluaran dan tenaga.

“Berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Indonesia dengan kadar inflasi pada (+4.9 peratus), Filipina (+6.4 peratus), Singapura (+7.0) dan Thailand (+7.6 peratus), kadar inflasi Malaysia dianggap rendah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here