Belanjawan 2023 untuk menang dalam pilihan raya – Guan Eng

0
1

PILIHAN raya umum tidak sepatutnya diadakan tahun ini untuk mengelak menjadikan pembentangan Belanjawan 2023 sebagai belanjawan pilihan raya yang direka bukan untuk selesaikan masalah ekonomi negara.

Sebaliknya ia untuk meningkatkan prospek kemenangan pilihan raya bagi Perdana Menteri dan partinya, kata Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sambutan kemerdekaan pada tahun ini sepatutnya milik rakyat dan bukannya ahli politik.

Katanya, penekanan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa perpaduan kaum adalah kunci untuk merealisasikan Keluarga Malaysia adalah salah.

“Keutamaan seharusnya adalah perpaduan negara, ekonomi dan mata pencarian rakyat berbanding perpaduan kaum, mengadakan pilihan raya umum awal tahun ini dan mengejar jawatan politik secara membuta tuli dalam apa jua cara.

“Menekankan perpaduan kaum bukan bermaksud Keluarga Malaysia tetapi Keluarga Melayu, Keluarga Cina, Keluarga India, Keluarga Dayak/Iban, Keluarga Kadazan Dusun Murut,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here