PEJABAT PKR Cabang Johor Bahru dilaporkan terbakar dalam kejadian pada tengah malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menerusi hantaran di Facebook, pagi ini.
Malah, Akmal tidak menolak kemungkinan terdapat unsur khianat dalam insiden berkenaan dan akan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu, hari ini.
“Satu kejadian kebakaran telah berlaku di Pejabat Cabang Keadilan Johor Bahru lewat malam/awal pagi tadi.
“Berdasarkan maklum balas awal, terdapat unsur-unsur khianat dan sabotaj.
“InsyaAllah, saya akan adakan sidang media di tempat kejadian jam 3 petang ini,” katanya dalam hantaran itu.
Difahamkan, sebelum ini pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru juga pernah disimbah dengan cat merah dalam kejadian pada November 2019.
Selain itu, terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan. – Malaysiapost

