Mohon doakan ibu – Remy Ishak

0
1

PELAKON, Remy Ishak memohon doa orang ramai buat ibunya yang kini sedang dirawat sedang bertarung nyawa bagi menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang.

Remy atau pemilik nama penuh, Mohammad Zalimie Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris kini berada di CICU Hospital Serdang, Selangor selepas menjalani pembedahan jantung yang memakan masa sehingga 12 jam.

Namun, katanya, pembedahan tersebut diberhentikan seketika sebelum disambung semula selepas tempoh 48 jam.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. Ibu saya Basrah binti Md Dris kini sedang bertarung nyawa di CICU Hospital Serdang untuk pembedahan jantung.

“Setelah 10-12 jam di dalam bilik pembedahan, operasi diberhentikan buat seketika dan akan bersambung semula selepas 48jam,” katanya menerusi Instagram.

Sehubungan itu, beliau berharap
ikhtiar yang dilakukannya bersama adik-beradik ini dapat memberikan kesembuhan buat ibunya.

“Sebagai seorang Muslim, saya percaya pada Qada dan Qadar, saya percaya pada hari akhirat, saya percaya syurga dan neraka Allah.

“Namun apa yang saya dan adik beradik lakukan sekarang adalah ikhtiar. Masih banyak kebaikan dan kebahagiaan yang belum kami lakukan untuk ibu kami.

“Mohon jasa baik dari kalian semua mendoakan untuk saya dan adik beradik supaya kami boleh bersama-sama semula dengan ibu kami,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here