Pemimpin kena terima kritikan

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menegaskan kelantangannya terhadap kepimpinan parti bukanlah bertujuan ‘menembak’ sesama sendiri, sebaliknya bertujuan mengkritik, menegur dan memberi pandangan.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, berkata setiap pemimpin kena berani dan jika sebaliknya mereka perlu terima bila dikritik.

“Mereka suruh cakap berlapik. Musuh tidak berlapik pun. Jangan tembak sesama sendiri. Mengkritik, menegur dan memberi pandangan bukan tembak sesama sendiri.

“Nak jadi pemimpin kena berani. Bila tidak berani, maka jangan marah bila dikritik. Itu lumrah untuk pemimpin.

“Kita buat muka tebal dalam bab kepentingan diri tetapi jangan pula tidak boleh muka tebal bila dikritik. Itu bukan pemimpin namanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Mohd Puad berkata, tidak salah muka tebal dalam bab parti menguasai kerajaan kerana ia bukan untuk salah guna kuasa dan semua parti akan buat perkara sama apabila dapat kuasa.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataannya kelmarin berhubung Umno tidak memerlukan lagi ‘poster boy’ untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana ia sudah tidak relevan.

Menurutnya, poster boy yang dipilih untuk PRU-15 boleh menjadi ‘bola tanggung’, ‘punching bag’ atau ‘senjata makan tuan’.

Mohd Puad berkata, walaupun parti sudah ada keputusan mengenai perkara itu, tetapi jika ia sudah jadi liabiliti beliau berpendapat poster boy elok dibatalkan sahaja.

Katanya, lebih baik logo Barisan Nasional (BN) dijadikan poster boy kerana ia telah sebati kepada rakyat.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khas April lalu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebulat sebagai ‘poster boy’ sekaligus dilantik Perdana Menteri jika BN menang PRU-15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here