‘Fitnah, tidak ada tuntutan atau tekanan terhadap PM’ – Ahmad Maslan

0
2

DATUK Seri Ahmad Maslan menyangkal sekali gus menafikan dakwaan bahawa mesyuarat biro politik Umno kelmarin berlangsung dalam keadaan tegang.

Malah, Setiausaha Agung Umno itu menafikan sekeras-kerasnya mesyuarat itu telah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar memenuhi beberapa tuntutan parti termasuk berkaitan hukuman penjara yang sedang dijalani Datuk Seri Najib Razak ketika ini.

“Ini semua cerita karut dan palsu. Fitnah semata-mata. Tiada sebarang tuntutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri.

“Mesyuarat tidak pun menyentuh hal Datuk Seri Najib. Kami bermesyuarat seperti rutin bulanan biasa dalam keadaan tenang,” katanya kepada Malaysiapost

Sementara itu, jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) turut mengesahkan mesyuarat biro politik Umno berlangsung dalam keadaan tenang dan harmoni.

“Perkara yang timbul tidak benar sama sekali. PM hadir dan mereka bermesyuarat dalam suasana kekeluargaan Umno.

“PM tidak diberi sebarang tekanan mahu pun amaran malah tiada tuntutan pun yang PM kena akur,” kata sumber PMO itu.

Terdahulu, Malaysiapost memetik sumber dalaman Umno melaporkan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno diberi tekanan hebat agar memenuhi empat tuntutan partinya.

Antara tuntutan itu adalah desakan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan segera.

Malah kedudukan Perdana Menteri sebagai Naib Presiden Umno juga bakal terancam jika tidak menuruti kehendak segintir pemimpin partinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here