Pemimpin BN ajak ahli, penyokong parti terus berdoa untuk Najib

0
2

SEORANG pemimpin Barisan Nasional (BN) mengajak ahli serta penyokong parti itu agar terus berdoa agar Datuk Seri Najib Razak dibicarakan dengan adil dalam kes penyelewengan dana SRC International dihadapinya ketika ini.

“Bayangkan kalau kita ditempatnya? Hanya Allah tempat mengadu.

“Maka, mari kita ahli dan penyokong parti terus berdoa agar dia mendapat dan dibicarakan dengan adil. Ini haknya.

“Kerana apapun dikata. Dia pernah berjasa,” kata Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menerusi hantaran di Facebooknya.

Selasa lalu, Najib melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, permohonannya untuk memasukkan bukti itu mempunyai konflik kepentingan yang tinggi kerana ia akan mendedahkan hubungan antara Mohd Nazlan dengan SRC.

“Saya terkejut, sangat kecewa, bukti itu jelas menunjukkan ia mempunyai nilai yang boleh diterima oleh mahkamah tapi ia tidak berlaku.

“Sedangkan Mohd Nazlan mempunyai pengetahuan peribadi yang luas tentang semua transaksi berkaitan dana 1MDB dan SRC,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here