Peguam Najib mohon tarik diri

0
1

PEGUAM baru Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu.

Permohonan itu menyaksikan hakim mengarahkan perbicaraan dihentikan sekejap bagi memutuskan permohonan itu.

Hisyam membuat permohonan itu kerana pihaknya perlukan lebih masa untuk membuat persediaan.

Sebelum itu, ketika prosiding pagi ini, Hisyam setuju dengan penegasan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa Mahkamah Persekutuan ada kuasa untuk memastikan ia boleh berfungsi secara baik dan memenuhi mandatnya.

Dia juga setuju dengan kenyataan Maimun bahawa jika dia menarik diri, ia akan menyebabkan anak guamnya, iaitu Najib, tidak diwakili.

Terdahulu, Mahkamah sekali lagi menolak permohonan terbaru peguambela untuk menangguhkan pendengaran rayuan utama Najib pada hari ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here