Mahkamah tolak permohonan peguam Najib tarik diri

0
1

KETUA Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara memutuskan bahawa Hisyam masih lagi peguam Najib sebagaimana dalam rekod mahkamah dan mengarahkannya untuk meneruskan hujahan bagi rayuan tersebut, lapor Utusan Online.

Hisyam bagaimanapun menyatakan beliau tidak dapat membuat sebarang hujahan dan bergantung kepada hujahan yang telah dikemukakan oleh peguam terdahulu di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, mahkamah meneruskan prosiding rayuan dengan mengarahkan pihak pendakwaan untuk mengemukakan hujah mereka.

Terdahulu, Hisyam memohon untuk menarik diri daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu.

Permohonan itu menyaksikan hakim mengarahkan perbicaraan dihentikan sekejap bagi memutuskan permohonan itu.

Hisyam membuat permohonan itu kerana pihaknya perlukan lebih masa untuk membuat persediaan.

Sebelum itu, ketika prosiding pagi ini, Hisyam setuju dengan penegasan Tengku Maimun bahawa Mahkamah Persekutuan ada kuasa untuk memastikan ia boleh berfungsi secara baik dan memenuhi mandatnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here