‘Tang mana kerajaan ini gagal ?’

0
2

Aiman Hanif

PEMBANGKANG akan sentiasa melihat kerajaan gagal demi kepentingan politik mereka, kata Senator Datuk Dr Azhar Ahmad.

Oleh itu katanya, Himpunan Kerajaan Gagal yang dijadualkan pada 20 Ogos ini adalah usaha pembangkang untuk menafikan kejayaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam sejarah negara kita, atas nama pembangkang kerajaan akan sentiasa gagal di mata mereka. Mana pernah ada mereka puji kerajaan walaupun apa yang dibuat adalah baik. Mereka tetap kata tak betul.

“Apa yang tak baiknya kerajaan ini? Isu kenaikan harga ayam kita berjaya tangani dengan baik, atas kebijaksanaan perdana menteri, harga ayam dapat dikawal. Begitu juga harga minyak masak, kita berjaya mengawal kenaikannya.

“Harga petrol kita terkawal, kadar inflasi kita juga terkawal, jadi ‘tang’ mananya kerajaan ini tak baik,” katanya kepada Malaysiapost.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Himpunan Kerajaan Gagal yang dirancang untuk diadakan di ibu negara 20 Ogos nanti.

Himpunan itu dipercayai didalangi oleh pihak pembangkang untuk memberi tekenan kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Mengulas lanjut Azhar yang juga Ketua Umno Beruas berkata, himpunan berkenaan diadakan adalah bertujuan untuk menutup kegagalan pembangkang.

Jelasnya, sejarah 22 bulan kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah terbukti gagal membela nasib rakyat, malah bantuan kepada rakyat juga turut dikurangkan.

“Jadilah pembangkang yang dinamik, yang progresif, yang turut menyumbang kepada pembangunan negara, bukan berpolitik sepanjang masa,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here