Ini foto pembinaan LCS, tapi mana foto terowong dasar laut Pulau Pinang, tanya Najib

0
1

DATUK Seri Najib memulangkan paku buah keras terhadap Pakatan Harapan (PH) yang mensensasikan projek pembinaan enam kapal perang tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bekas Perdana Menteri itu berkongsi beberapa keping foto progres pembinaan enam kapal tersebut di Facebooknya, serta melontarkan persoalan mengenai gambar pembinaan terowong dasar laut Kerajaan DAP Pulau Pinang sama ada wujud atau sebaliknya. 

“Ya, memang wujud. Bukan ghaib. Pembinaan projek LCS bermula sejak Januari 2015 selepas kontrak ditanda tangan pada Julai 2014 tetapi pembinaan telah dilewatkan, ditangguhkan dan dibekukan kerajaan PH selepas PRU14.

“Tapi apa yang saya ingin lihat ialah gambar-gambar kemajuan projek Terowong Pulau Pinang serta jalan raya berkaitan yang kontraknya ditanda tangan pada tahun 2013 dan pembinaan dijadualkan bermula pada tahun 2014.

“Siapa dari PH dan DAP boleh tunjukkan? Minta post,” katanya. 

Najib secara sinis berkata, pihak yang mendakwa projek LCS menjadi ‘halimunan’ sepatutnya melihat foto-foto terkini yang diperolehi daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)  yang beliau muatkan dalam hantaran Facebook kali ini.

“Betul ke kapal LCS tak de langsung? Ini dia gambar terkini kerja pembinaan Kapal LCS 1, LCS 2, LCS 3, LCS 4, LCS 5. Diterbitkan oleh PAC susulan Laporan PAC.

“Mereka kata kapal ‘halimunan’, kata overall progress 57% tapi ‘tak nampak’,” katanya sinis.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menyindir pihak-pihak tertentu untuk mendesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas projek terowong dasar laut itu. 

“Korang tak mahu buat siasatan PAC atas projek terowong ke?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here