Pelajar perlukan laptop, bukan tablet – Fahmi

0
1

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa diminta menjawab mengapa mahasiswa diberikan peranti tablet menerusi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia, bukannya laptop.

Ini kerana Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata pelajar memerlukan laptop yang mempunyai lebih banyak kelebihan dan fungsi untuk menyiapkan tugasan.

“Menteri Komunikasi dan Multimedia wajib jawab. Pelajar perlukan laptop bukan tablet. Benda basic pun menteri ni tak faham,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkongsi hantaran Facebook seorang pengkaji teknologi di saluran YouTube Monalizapc, Asraff Jeffery.

Menurut Asraff, beliau tertanya-tanya kenapa orang membeli Tablet kerana setakat ini hanya ada satu sebab utama dan berguna iaitu untuk Digital Drawing.

Tambahnya, tablet persekitarannya lebih ‘simple’ iaitu untuk sekadar mesyuarat secara dalam talian, bermain permainan video serta menonton filem di Netflix.

Namun katanya, jika untuk membuat kerja, banyak keterbatasan dan mengurangkan produktiviti pengguna dan sebab itu laptop adalah alat yang lebih bermanfaat.

Sebelum ini Annuar dilaporkan berkata peranti program PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah premium, berkualiti tinggi dan berjenama terkenal.

Khamis lalu, Annuar memaklumkan Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan diperluas kepada empat lagi kategori penerima.

Perluasan baru itu katanya, membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program asasi di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelajar matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Beliau berkata, ia turut diperluas kepada pelajar semester satu dan dua sekolah menengah atau pelajar Tingkatan Enam serta pelajar diploma vokasional Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional.

Jawatankuasa perolehan juga memilih jenama Samsung sebagai yang sudah memenangi tawaran tender terbuka membabitkan lima pembekal dan lima zon berbeza, iaitu Sabah dan Sarawak di zon pertama serta zon utara, tengah, timur dan selatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here