Jadi mangsa scammer, Boss James buat laporan polis

0
1

PEMPENGARUH media sosial, Boss James membuat laporan polis berhubung isu akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan penipuan atas talian.

Boss James menerusi hantaran di Facebook memuat naik gambar memegang laporan polis yang dibuat di Balai Polis Setia Alam.

Dalam hantaran itu juga, Boss James mengingatkan ‘scammer’ yang menggunakan gambarnya untuk tujuan penipuan agar berhenti membuat demikian kerana laporan polis sudah dibuat.

“Setiap kesabaran ada batasnya! Laporan pun saya dah buat, semoga orang-orang yang tidak bertanggungjawab boleh berhenti. Saya berdoa tak ada lagi orang ditipu dan disusahkan lepas ni.

“Bukan senang nak cari rezeki, tapi kalau nak rezeki biarlah dengan cara halal. Apa-apa pun, semoga semuanya baik-baik saja ya,” tulisnya.

Sebelum ini, Boss James menjadi mangsa terbaharu penipuan scammer yang menawarkan motosikal dan televisyen secara percuma.

Menerusi sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Boss James, pihak terbabit menjanjikan pemberian motosikal berjenama Yamaha MX King 150 dan televisyen Samsung UHD AU7000 kepada orang ramai secara percuma.

Pemberian terbabit hanya memerlukan orang ramai menulis perkataan ‘YAMAHA’, ‘RUNNING’, ‘SAMSUNG’ di ruangan komen dan pemenang akan dipilih secara rawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here